Monday 14 November 2011

GEMPAR !!!!!!!!!!! ANUAR MATI ?

 Anuar Sudah mati akal apabila Kertas siasatan  berhubung dakwaan memberi maklumat palsu ketika disoal siasat berkenaan video seks ,diserahkan kepada Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang dipertontonkan oleh “Datuk T” Mac lalu, telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Bagaimanapun Hishammuddin berkata, beliau tidak mengetahui kes itu secara terperinci termasuk beberapa kes lain yang melibatkan Anwar dengan pihak polis.

Beliau menambah, polis hanya menjalankan tugas dalam konteks siasatan dan Peguam Negara akan memutuskan sama ada mahu membuat pendakwaan atau tidak.

“Sama ada ia dibawa ke mahkamah atau tidak akan ditentukan oleh Peguam Negara, saya tidak boleh mengulas lanjut, namun apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) kepada saya bahawa kertas siasatan itu telah dipanjangkan kepada Peguam Negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan PJP/KP, Komander dan Komandan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

Siasatan terbaru itu dibuka selepas pegawai penyiasat kes video DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis mendakwa Anwar dengan sengaja memberi maklumat palsu, yang diklasifikasikan sebagai satu kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu dijangka akan memberi tekanan ke atas Anwar, yang sebelum ini telah menafikan bahawa pelaku dalam video seks dengan seorang pelacur itu adalah dirinya.

Video itu dipertontonkan kepad media pada April oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Ditanya mengenai perkembangan terbaru siasatan polis terhadap program Seksualiti Merdeka 2011, Hishammuddin berkata kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara selepas selesai siasatan.

“Kita ambil kenyataan puluhan individu yang terlibat, seperti biasa selepas kenyataan diambil kertas siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk buat keputusan sama ada mahu buat pendakwaan atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program berkenaan.

Pada 3 November lepas, polis mengharamkan Seksualiti Merdeka 2011, program yang antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks dan transgender. -TMI



MAKLUMAT PALSU VIDEO SEKS: 
ANWAR AKAN LARI KE SOMALIA?? 

No comments:

Post a Comment