Friday 11 November 2011

National Feedlot Corporation. penjelasan kpd 3 ekor lembu Pakatan Rakyat

 National Feedlot Corporation atau Pusat Fidlot Nasional 

Baru-baru ini pihak pembangkang telah membuat kenyataan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) atau Pusat Fidlot Nasional dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan bahawa projek tersebut adalah gagal. 
Pihak kami ingin menyatakan bahawa tuduhan tersebut bersifat liar demi menagih perhatian umum bagi menutup kepincangan pembangkang yang kini terumbang-ambing menghadapi pilihanraya dengan pertelagahan dalaman sesama umpama retak menunggu belah. 
Terdapat beberapa kepincangan daripada tuduhan mereka yang mana bersifat melulu dan kejahilan yang sangat nyata: - 
[1] Pembangkang menuduh bahawa pihak NFC mendapat tanah seluas 5,000 ekar secara percuma. Ini adalah satu kepalsuan kerana NFC tidak diberi tanah sebanyak 5000 ekar; sebaliknya, sebagai integrator Pusat Fidlot Negara (PFN), NFC ditawarkan untuk menjayakan projek PFN di atas tanah seluas 1500 ekar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI). Maknanya bukan sahaja tanah itu lebih kecil iaitu 70% lebih kecil daripada yang didakwa malahan tanah itu adallah tanah pajakan. 
[2] Dakwaan bahawa daging mentah keluaran NFC dijual kepada restoran Meatworks, Senor Santos dan Brawn yang beroperasi di Singapura. Ia bukan sahaja tidak masuk akal bahkan mustahil kerana NFC beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Kerajaan Singapura tidak membenarkan sebarang pengimportan daging mentah daripada Semenanjung Malaysia akibat kerisauan risiko penyakit kaki dan mulut (foot and mouth disease). 


[3] Tuduhan bahawa projek fidlot tersebut gagal menepati sasaran asal Rancangan Malaysia Kesembilan iaitu 60,000 ekor lembu setahun
Perlu diteliti bahawa projek ini hanya bermula lewat tahun 2008, iaitu dua tahun selepas bermulanya Rancangan Malaysia Kesembilan, kerana kelewatan pembangunan infrastruktur dan rantaian penawaran di mana telah membawa kepada penyemakan semula sasaran pengeluaran sebanyak 8,000 ekor pada tahun 2010, dengan sasaran tahunan bermula dari 2011. 
Laporan Ketua Audit Negara 2010 tidak menyatakan bahawa NFC gagal mencapai matlamat. Di mukasurat 138, tercatat bahawa“sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya tercapai.” 
Mengikut laporan yang sama, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8016 ekor bagi tempoh 2008 – 2010, dan daripada jumlah tersebut, 5,742 telah disembelih sehingga akhir bulan November 2010. Oleh itu, sasaran 8,000 ekor lembu pada tahun 2010 sebenarnya telah tercapai.  

ucapan :Khairy Jamaluddin

No comments:

Post a Comment