Tuesday 15 November 2011

PAS KEDAH RUNTUH KAN ISLAM

PAS KEDAH ROBOH MADRASAH RAMPAS TANAH WAKAF..!!!


Memang payah bila berdepan dengan Kerajaan Pas Kedah yang membuat kerja dengan cara "terlalu Islam". Sekarang, bukan sekadar perjuangan negara Islam saja yang dibuang, TANAH WAKAF KHAS pun nak dibedalnya sekali! Ber"kebajikan" sungguh..!!!

Difahamkan di sini bahawa sebidang tanah wakaf khas yang didirikan sebuah madrasah sejak lebih 100 tahun lalu mahu dirobohkan, manakala tanahnya pula akan "dirampas" untuk pembinaan bangunan Plaza Tunku Yaakob.
Menurut pemegang amanah Madrasah Salihiah, Fadzil Ishak, dia tiba-tiba telah dipanggil untuk berbincang soal pampasan yang sewajarnya untuk pihak madrasah yang kini digunakan sebagai pusat pengajian Agama dan Bahasa Arab, serta mempunyai ahli seramai 200 orang yang aktif mengimarahkan madrasah tersebut.

Pelik! Sewajarnya, sebagai sebuah Kerajaan yang kononnya "buat kerja cara Islam", Pas Kedah sepatutnya mempertahankan hak dan kepentingan madrasah tersebut. Namun kini rejim Ustaz Azizan sudah terbalik "kuang" pulak ingin merampas tanah tersebut untuk tujuan kormesil!

Malah, sepatutnya, Pas Kedah yang dikatakan memperjuangkan Islam sepatutnya tahu hukum hakam merampas tanah wakaf yang dikhususkan untuk pembinaan masjid atau surau untuk umat Islam beribadah!

Saya juga difahamkan Kerajaan Pas Kedah, melalui PKNK telah melantik kontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Plaza Tunku Yaakob itu. Hebat benar tindakan Azizan Razak. Guan Eng ada hulur apa-apa ke?

Sebelum ini, air dari Kedah diberikan kepada Guan Eng dengan harga yang begitu murah. Ingatkan air sahaja, rupanya dengan tanah dan projek pun nak diberikan sekali kepada Guan Eng rasis chauvinis ultra-kiasu itu? Inikah kerja cara Islam yang sebenar?

Nampaknya malang sungguh masyarakat di Tambang Badak dan umumnya di Kedah. Kononnya, hari tu Azizan marah-marah pada wartawan yang kononnya tak buat kerja cara Islam. Dia menengking pula suruh buat kerja cara Islam (cara dakwah yang terbaik?)!

Dan kini? Dia sendiri yang buat kerja tak ikut cara Islam! Kini dia sendiri yang meruntuhkan Islam dengan merobohkan sebuah madrasah yang menjadi pusat aktiviti ilmu Islam dan pengajian Bahasa Syurga. Kini dia pula yang merampas TANAH WAKAF KHAS tersebut demi keuntungan diri sendiri!

Kalau beginilah caranya, wajarkah kita percaya lagi pada PAS? Khuaaakkk Ptuiiihhh..!!!
Bantah ambil tanah wakaf khas

ALOR SETAR: Pemegang amanah Madrasah Salihiah, Jalan Tambang Badak, di sini yang berusia kira-kira 100 tahun, terkejut dengan keputusan kerajaan PAS Kedah untuk mengambil alih tapaknya bagi membangunkan semula Plaza Tunku Yaacob yang terbengkalai pembinaannya sejak 30 tahun lalu.
Mereka mempersoalkan cadangan pengambilan tapak dan bangunan madrasah itu kerana hartanah berkenaan berstatus wakaf khas untuk dijadikan madrasah dan surau serta mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.
Ia susulan notis siasatan bertarikh 3 Julai lalu yang meminta pemilik tanah atau pihak berkepentingan terhadap tanah yang terbabit dengan pembangunan plaza berkenaan supaya hadir ke Pejabat Tanah Daerah Kota Setar pada 25 Julai ini bagi membincangkan pampasan untuk membolehkan pengambilan tanah dilakukan.

Pemegang amanah yang juga bendaharinya, Fadzil Ishak, 60, berkata pihaknya tidak pernah dihubungi atau menerima surat daripada pentadbir tanah mengenai pengambilan itu dan terkejut apabila turut dipanggil untuk membincangkan pampasan.

Katanya, tapak madrasah berkenaan yang mempunyai kira-kira 200 ahli adalah berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

“Kita tidak sangka sama sekali pembinaan semula Plaza Tunku Yaacob akan membabitkan kawasan ini sehingga kami menerima notis berkenaan. Namun, bagi kami ini adalah hak orang Islam yang sudah termaktub sekian lama dan kami memilih untuk mengekalkannya seperti sedia ada.
“Justeru, kerajaan negeri perlu menghormati status tanah wakaf khas ini kerana mungkin terlepas pandang dan tidak perasan mengenai perkara ini berikutan tidak mendapat maklumat tepat. Kami harap mereka mengkaji semula tindakan ini.

“Kita juga sudah menghantar surat bantahan bertarikh 13 Julai lalu, namun belum ada sebarang pihak menghubungi kami untuk berbincang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Fadzil berkata, jawatankuasa madrasah itu turut mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang memutuskan supaya premis itu dikekalkan di tempat asal tanpa diruntuhkan bagi manfaat jemaah untuk menunaikan ibadah serta melakukan aktiviti keagamaan.

Katanya, tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar, namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

“Madrasah ini kini menjadi pusat kegiatan kelas Bahasa Arab dan pengajian agama dan al-Quran,” katanya.

Difahamkan, projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium. Ia dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan pemaju swasta.-bh

1 comment:

  1. Terimalah pembangunan dan jangan dipertahankan sesuatu yang akan tinggal nostalgia.....Umat islam dan Melayu tolong bergerak kedepan

    ReplyDelete